Adalah amat penting untuk kita mengambil pelan perlindungan yang sesuai bagi pinjaman perumahan. Ini kerana sekiranya berlaku perkara yang tidak diingin seperti kematian atau hilang upaya kekal, pelan perlindungan inilah yang akan menangung baki pinjaman perumahan. Dengan itu, waris tidak perlu menangung baki pinjaman perumahan tersebut.
Fokus kami adalah untuk pembaca yang mengambil produk takaful gadai janji bagi pembiayaan perumahan. Jadi dalam artikel kali ini, kita akan kupas lebih lanjut tentang apa yang dimaksudkan dengan MRTT dan MLTT.
Sebelum itu mari kita kenal apa yang dikatakan sebagai MRTT dan MLTT. MRTT membawa maksud Mortgage Reducing Term Takaful manakala MLTT pula membawa maksud Mortgage Level Term Takaful.
Baiklah… Mari kita kupas lebih lanjut tentang perbezaan kedua jenis insurans hartanah ini.
#1 : KAEDAH PEMBAYARAN
MRTT adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan MLTT. Namun, MRTT perlu bayar sekaligus dan boleh dijumlahkan sekali dalam pinjaman kita. MRTT lebih murah kerana pelan ini memberikan perlindungan kepada baki hutang dan ianya akan berkurangan dari tahun ke tahun selari dengan baki hutang yang semakin berjurangan.
Manakala MLTT pula jauh lebih mahal tetapi dibenarkan untuk bayaran secara ansuran. MLTT juga tidak boleh dijumlahkan dalam pinjaman. MLTT mahal kerana memberi perlindungan kepada keseluruhan jumlah hutang diperingkata awal, dan ianya tetap sama dari awal hingga tamat tempoh polisi.
#2 : PENAMA
Walaupun MRTT lebih murah, tetapi ada kekurangannya. Penama bagi insurans ini adalah bank. Tidak boleh dipindah milik. Jika terjadi apa-apa kepada kita sebagai pemilik, pihak takaful akan langsaikan baki pinjaman sahaja. Proses tuntutan akan melibatkan pikah syarikat takaful dan bank sahaja, dan selepas itu waris akan terima hartanah terbabit. Kalau kita buat refinance, polisi akan terbatal.
Berbeza dengan MLTT, walaupun lebih mahal, tetapi kita boleh meletakkan penama ahli keluarga kita seperti suami atau isteri, adik-beradik dan anak-anak. Selain itu, hartanah juga boleh dipindah milik. Apa yang lebih menarik, jika kita buat refinance, polisi tidak terbatal.
Mengikut pelan MLTT apabila berlaku tuntutan, polisi MLTT akan membayar keseluruhan pampasan kepada penama dan selepas ini adalah menjadi tanggungjawab penama untuk selesaikan hutang si mati kepada bank.
Waris boleh memilih untuk membayar sekaligus baki hutang itu atau bayaran secara ansuran. Jika ada lebihan wang pampasan pula, wang pampasan adalah hakmilik ahli waris, dan kaedah pengagihannya tertakluk kepada konsep faraid.
Jika ditanya, mana yang lebih baik terletak kepada tujuan asal kita. Jika kita mahu menjadikan kediaman tersebut untuk tinggal sendiri, sebaiknya kita menggunakan MLTT kerana apabila langsai pinjaman kita kelak, kita akan menerima 2 perkara; rumah dan lebihan wang tunai.
Namun jika kita mahu menjadikan hartanah tersebut sebagai salah satu pelaburan, sebaiknya kita gunakan MRTT. Ini adalah kerana polisinya lebih murah dan rumah tersebut hanya sementara.
Secara kesimpulan, MLTT atau MRTT? Tepuk dada tanya hati untuk apa tujuan kita beli hartanah. Semoga artikel ini dapat membantu anda.
Raja Safuan merupakan perunding strategi kewangan yang sah. Beliau sendiri mengambil tanggungjawab takaful untuk keluarga.
Diatas niat untuk membantu lebih ramai orang untuk mengambil takaful, beliau berhasrat menambahkan portfolio bisnes beliau kedalam bidang takaful secara sepenuh masa. Alhamdulillah beliau telah membantu ramai orang didalam memberikan khidmat nasihat yang terbaik terutama untuk anak-anak muda dan mereka yang telah berkeluarga. Hubungi beliau terus untuk mendapatkan khidmat lanjut tentang Hibah dan Kad Medikal terutamanya. Klik Sini