Sudah menjadi lumrah bagi semua yang mula bekerja untuk memiliki dan mengumpul harta. Selalunya bagi yang baru bekerja, memiliki kenderaan sudah pastinya menjadi pilihan utama kerana bukan sahaja ingin digunakan untuk ke tempat kerja malah mudah kendak ke mana-mana sahaja.
Apabila kerjaya sudah stabil, biasanya memiliki rumah sendiri menjadi keutamaan yang seterusnya, lebih-lebih lagi bagi yang bakal atau sudah memulakan keluarga.
Tidak kiralah anda penjawat awam atau berniaga sendiri, ilmu pengurusan kewangan sangatlah penting supaya anda dapat merancang dengan lebih baik untuk memiliki harta seperti kereta, rumah dan lain-lain tanpa menjejaskan status kewangan.
Sebenarnya ilmu kewangan bukan sahaja diaplikasikan pada masa hidup sahaja, malah sebenarnya ilmu kewangan sangat penting dari aspek perlindungan harta selepas berlakunya kematian.
Sebab itulah ramai perunding kewangan mengajurkan hibah kerana hibah mempunyai kelebihannya tersendiri dalam pengurusan dan pengagihan harta selepas kematian. Hibah adalah pemberian secara sukarela kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan sebarang bentuk balasan. Hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja walaupun bukan waris.
Harta yang dihibahkan, akan diasingkan atau terkeluar dari kategori harta pusaka dan tidak akan diagihkan kepada waris mengikut hukum faraid.
Banyak maanfaatnya jika kita memilih untuk menjadikan hibah sebagai salah satu instrumen dalam pengurusan harta pusaka. Mari kita lihat antara kelebihan hibah dalam pengurusan dan pengagihan harta selepas kematian.
Hibah Merupakan Pemberian Kepada Sesiapa Sahaja Yang Dikehendaki
Jika dilakukan pembahagian secara faraid, hanya waris yang layak mendapat harta pusaka manakala konsep wasiat pula, hanya boleh diberikan kepada bukan waris sahaja. Namun, hibah boleh diberikan pada sesiapa sahaja tidak mengira sama ada waris ataupun tidak. Malah juga boleh diberikan kepada yang bukan Islam bagi tujuan mengeratkan silaturahim dan bukan untuk tujuan maksiat.
Dengan itu, konsep hibah ini dapat membantu pada mereka yang ada keperluan untuk membela pihak yang memerlukan bantuan seperti mereka yang hanya memiliki anak perempuan dan yang mempunyai anak angkat sahaja. Yang hidup bujang sebatang kara dan mereka yang tidak mempunyai anak juga boleh menggunakan konsep hibah ini untuk mengagihkan harta mereka.
Harta Yang Tidak Dibekukan
Hibah takaful adalah antara hibah yang sangat membantu kerana tidak dibekukan dan prosesnya cepat dilaksanakan berbanding faraid dan wasiat. Ini sangat membantu apabila hibah takaful dari si suami (permberi hibah) yang meninggal dapat disalurkan dengan cepat kepada si isteri (penerima hibah).
Apabila meninggal dunia, akaun bank, ASB dan sebagainya akan dibekukan, akan tetapi polisi takaful si suami tidak. Penerimana hibah akan diproses dan dilaksanakan dengan cepat mengikut tempoh yang ditetapkan oleh polisi takaful yang telah diambil oleh si suami tersebut.
Ini dapat meringankan beban kewangan waris terdekat seperti pasangan si mati dan anak-anak, lebih-lebih lagi jika pasangan si mati tadi tidak bekerja.
Tiada Had Perberian Harta Melalui Hibah
Harta yang diwasiatkan tidak boleh melebihi 1/3 daripada harta pusaka manakala dalam faraid, mengikut kadar-kadar tertentu seperti yang telah ditetapkan Al-Quran. Namun hibah tidak mempunyai had jumlah yang perlu dipatuhi.
Kelebihan hibah disini, pengagihan harta dapat dilakukan mengikut pertimbangan pemilik harta berdasarkan keadaan ekonomi semasa waris-waris. Dengan itu, pemilik harta dapat membantu waris yang lebih memerlukan atau waris yang lebih berat memilkul tanggungjawab dalam menjaga ahli keluarga yang lain.
Hibah Diperlihatkan Sebagai Alternatif bagi Penyelesaian Masalah Pengagihan Yang Berlaku Semasa Faraid
Dalam zaman moden ini banyak perkara yang melibatkan prosedur dan birokrasi yang sememangnya akan melambatkan proses pengagihan harta. Ditambah pula dengan faktor keadaan masyarakat kini dimana ada segelintir antara ahli keluarga yang tidak mahir berkenaan pembahagian harta secara faraid memburukkan lagi keadaan.
Banyak kes yang berlaku melibatkan pertelingkahan antara waris-waris dan proses pengagihan memakan masa bertahun. Sementara itu, bagaimana pula keadaan anak-anak dan pasangan kepada suaimi atau isteri yang baru meninggal itu? Dengan hibah, proses pengagihan harta tidak perlu melalui proses pentadbiran yang rumit sepertimana yang perlu dilalui dalam pembahagian harta secara faraid. Oleh itu, harta dapat diagihkan dengan lebih cepat pada waris atau pihak yang lebih memerlukannya. Ini dapat mengelakkan pertelingkahan yang mungkin tercetus dan perebutan harta antara waris-waris.
Hak Pemberian Hibah Tidak Terjejas Walaupun Berlaku Penceraian
Apabila berlakunya penceraian, ikatan perkahwinan tersebut telah luput dan ini menghalang hak perwarisan kepada harta pusaka. Namun begitu, berdasarkan konsep hibah, penceraian tidak sama sekali menghalang bekas suami atau isteri daripada memberikan harta kepada salah seorang di antara mereka. Hikmah disebalik keharusan ini, seseorang bekas suami atau isteri boleh memberikan hartanya seperti rumah kepada bekas pasangannya sebagai tanda penghargaan untuk menjaga dan melindungi anak-anak hasil perkahwinan mereka dahulu dan terus dan digaja oleh bekas pasangannya.
Sebagai rumusan, hibah adalah salah satu instrumen kepada pengurusan harta disamping faraid dan wasiat dimana ketiga-tiga ini saling melengkapi antara satu sama lain. Kita haruslah bijak dan teliti merancang dalam aspek pengurusan harta kerana harta merupakan antara aspek yang penting dalam kehidupan. Banyak masalah pengurusan yang timbul boleh diselesaikan dengan cepat dan baik melalui hibah.
Perlindungan Rumah Kepada Waris Terdekat
Rumah sering menjadi perebutan harta antara waris, namun yang lebih merisaukan adalah tempat tinggal waris terdekat seperti pasangan dan anak-anak selepas pemergian kita.
Hibah Hartanah Bercagar atau Hibah Bersyarat Rumah Bercagar (HBRB) dapat dilakukan sekiranya terdapat jaminan bahawa hutang tersebut akan dilangsaikan setelah pemberi hibah meninggal dunia.
Bentuk jaminan yang dibolehkan ialah sama ada seperti pakej perlindungan Takaful sama ada MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful) atau MLTT (Mortgage Level Term Takaful) ke atas pinjaman.
Apabila pemilik meninggal dunia, baki pinjaman rumah akan dilangsaikan oleh syarikat Takaful. Dengan itu, waris tidak akan dibebani dengan baki hutang yang sedia ada.
Raja Safuan merupakan perunding strategi kewangan yang sah. Beliau sendiri mengambil tanggungjawab takaful untuk keluarga.
Diatas niat untuk membantu lebih ramai orang untuk mengambil takaful, beliau berhasrat menambahkan portfolio bisnes beliau kedalam bidang takaful secara sepenuh masa. Alhamdulillah beliau telah membantu ramai orang didalam memberikan khidmat nasihat yang terbaik terutama untuk anak-anak muda dan mereka yang telah berkeluarga. Hubungi beliau terus untuk mendapatkan khidmat lanjut tentang Hibah dan Kad Medikal terutamanya. Klik Sini